Keburukan dan Bahaya Rumpai Laut


Keburukan dan bahaya rumpai laut seaweedcollagen.comBahaya ke makan rumpai laut?

Apa keburukan mengambil rumpai laut?

Ada tak kesan sampingan makan rumpai laut?

Banyak juga soalan yang saya terima daripada pengunjung web. Berdasarkan pengalaman sendiri dan kajian di alam maya saya mendapati fakta-fakta berikut.

Sistem Badan Terkejut

Jika badan anda terasa panas, atau macam nak demam dan ada sedikit pening kepala, tidak perlu risau. Ia cuma adalah kesan sampingan pemakanan rumpai laut yang tidak serius dan indikasi rumpai laut sedang memperbetulkan keseluruhan sistem badan anda yang sudah tidak seimbang. Anda akan rasa dahaga atau tekak kering jadi perlu minum air dengan banyak untuk menghapuskan semua toksin daripada badan. Jika anda tidak mengalami fasa ini, tahniah kerana badan anda masih berada pada tahap kesihatan yang ideal. Teruskan penjagaan badan dengan gaya hidup yang sihat. Makanlah rumpai laut sebagai satu suplemen pemakanan tambahan yang jimat berbanding suplemen yang di beli di farmasi. Sila teruskan makan dengan dos yang sama, jangan sampai terkena keracunana iodin pula.

Keracunan Iodin

Memang umum tahu yang kandungan iodin dalam rumpai laut adalah tinggi. Oleh itu disarankan kita memakan rumpai laut dalam kuantiti atau dos yang sedikit sahaja setiap hari. Setiap pagi dan malam kita ambil satu atau dua sudu kecil jeli kolagen sahaja. Keracunan juga boleh berlaku jika anda masak rumpai laut tidak mengikut sukatan air yang betul. Jika anda kurangkan air masa masak, jeli kolagen akan menjadi lebih padu dengan kandungan iodin yang mungkin terlebih untuk setiap sudu makan. Pemakanan yang terlebih dos juga boleh menyebabkan keracunan. Ini banyak berlaku kepada orang yang tidak sabar untuk melihat kesan rumpai laut dalam masa singkat.

Tanda-tanda awal keracunan adalah batuk, sakit perut, cirit-birit, pening kepala dan demam. Pastikan anda minum air dengan banyak jika anda ada tanda-tanda ini. Anda boleh minum susu untuk cepat pulih tetapi jika anda muntah, minum air sahaja sudah mencukupi. Jika tidak muntah, sila sambung minum susu setiap 15 minit untuk mengurangkan simtom. Seperti apa-apa jenis keracunan makanan, anda kena tunggu badan anda menyahkan lebihan iodin melalui air kencing atau najis, jadi selalulah ke tandas, jangan tahan pula. Berhenti makan untuk satu atau dua hari ataupun seminggu sehingga anda pulih dan sambung makan dengan dos yang betul.

Alergi Makanan Laut

Jika anda alergi dengan makanan laut seperti udang, sotong dan kerang anda mungkin juga alergi dengan rumpai laut. Susah untuk mendapatkan kesahihan mengenai ini. Ada yang kata ya dan ada yang kata tidak. Sepupu saya sendiri bila makan ada tanda-tanda alergi tetapi tidak teruk, tetapi penggunaan produk rumpai laut kosmetik luaran tidak pula memberi simtom alergi. Maksud ia tidak alergi kepada kulit.

Ini semua bergantung kepada individu yang ada alergi tersebut. Seeloknya dapatkan nasihat doktor anda dan mula makan dalam kuantiti sedikit dan berhati-hati. Jika individu normal makan dua sudu kecil pagi dan malam, anda boleh mula makan satu sudu kecil waktu pagi sahaja untuk tengok macam mana sesuai ke tidak. Oh ya, jika anda memang ada alergi makanan laut, simtom akan nampak terus jadi kalau sudah masuk hari kedua dan ketiga tiada apa-apa, syukur alhamdullillah.

Alergi Iodin

Mungkin ada yang kata alergi Iodin ni sama dengan alergi makanan laut. Sebenarnya tidak sama. Cuma doktor anda yang boleh sahkan anda alergi yang mana satu. Biasanya alergi Iodin ni ada kena mengena dengan Iodin dye yang digunakan dalam alat X-Ray. Jadi memakan rumpai laut adalah selamat.

Bahaya Radiasi

Khabar angin ini memang lawak sekali dan tidak berasas. Kerana rumors pasal bahaya radiasi akibat makan rumpai laut ini tidak ada kena mengena dengan rumpai laut eucheuma cottonii daripada Sabah. Sumber artikel mengenai radiasi rumpai laut ini adalah untuk seaweed jenis Nori daripada Jepun. Tahap pendedahan radiasi atas Nori adalah sangat tinggi akibat krisi loji nuklear Fukushima Daiichi pada tahun 2011. Jadi memakan rumpai laut daripada Sabah masih selamat 100% berbanding anda makan sushi yang di import daripada Jepun.

Bahaya Merkuri

Ini satu lagi khabar angin yang tidak berasas. Siapalah yang mulakan kita pun tidak tahu. Saya syak golongan manusia yang alergi makanan laut, jadi mereka cakap semua makanan laut ada merkuri supaya semua orang pun tidak makan seafood. Betul ke rumpai laut Semporna, Sabah ada merkuri?

Jikalau anda ada tengok dokumentari di Astro satu ketika dulu (selalu juga diulang tayang setiap tahun) dan kajian di internet, bahaya keracunan merkuri ini sebenarnya berasal daripada kes penyakit Minamata di Jepun juga. Pada penghujung tahun 50an sehingga ke hari ini kesan kerosakan genetik akibat kilang Chisso Corporation membuang sisa merkuri ke laut daripada tahun 1932 ke 1968. Sisa merkuri ini meracun kesemua hidupan laut sekitar khususnya ikan dan kerang.

Keracunan merkuri Minamata ini sangat teruk sehingga meragut 1,784 nyawa. Sehingga ke hari ini kesan kerosakan genetik mangsa dapat di lihat pada populasi bandar Minamata. Tetapi rakyat Jepun di kawasan lain masih makan sushi sebagai makanan ruji setiap hari. Tiada pula kita dengar kes keracunan merkuri dalam ikan ataupun rumpai laut nori pembalut sushi dan onigiri. Jadi macam mana merkuri tahun 1950an daripada Minamata tu dapat berhijrah 4,000km ke Malaysia dan melompat 50 tahun ke masa depan guna time machine?

Rumpai laut tiruan

Yang ni adalah betul. Saya sendiri ada terbaca mengenai kes ini di suratkhabar Malaysia tahun lepas. Seorang suri rumah membeli rumpai laut mentah kering yang di import daripada negara cina. Semasa masak dan makan, ia di dapati adalah rumpai laut tiruan dan bukan rumpai laut tulen yang organik.  Seingat saya rumpai laut tiruan ini menggunakan bahan daripada sumber rumpai laut agar-agar biasa dan kemudian di taruk pewarna kuning ataupun unggu. Bila di rendam tiada bau seperti rumpai laut biasa dan apabila di masak juga tidak hanyir seperti eucheuma cottonii.

Jadi berjaga-jaga lah. Orang cina daripada mainland china ni memang terkenal dengan teknik meniru makanan sebenar. Jika dapat mengaut keuntungan berlipat kali ganda mereka sanggup buat. Semua sudah di tiru daripada ayam, daging, sotong, udang dan juga telur. Kalau tidak percaya masuklah ke restoran vegetarian cina. Yang telur tiruan itu sendiri saya sudah jumpa apabila beli telur murah di pasar malam. Bila pecah telur memang tidak hanyir, bila goreng memang cantik tapi bila makan sakit perut dan cirit birit. Jadi berjaga-jagalah dengan penjual rumpai laut yang harganya terlampau murah. Lagi murah daripada pembekal, itu yang pelik. Lebih baik beli harga yang berpatutan. Ingat sebelum terkena. Rumpai laut ni kita beli untuk makan dan jadi darah daging kita. Kita makan rumpai laut untuk kesihatan dan bukannya untuk kecelakaan. Kalau ia bukan rumpai laut yang asli, kita makan apa?

Poket Kering

Ini bukan kerana beli rumpai laut mentah kering ok. Rumpai laut mentah kering murah sahaja, dalam RM15-20 satu pek berbanding produk kolagen di pasaran yang rata-rata lebih RM200 untuk sebulan makan. Yang saya maksudkan di sini adalah untuk mereka yang gemuk dan perut buncit. Bukan sahaja kajian saintifik membuktikan rumpai laut boleh menguruskan badan dan meningkatkan metabolisme, tapi sini ada testimoni penulis sendiri. Suami saya telah hilang beberapa inchi kat perut. Mula-mula tu kena tebuk lubang tali pingang sahaja, bulan ni kena beli seluar baru terus. Bukan boleh beli sepasang je, kena beli kurang-kurang untuk pakai seminggu. Dua seluar khaki dan satu seluar jeans untuk hari minggu. Keluar duit juga tu, jadi saya kena jujur tulis di sini juga.

Selesai sudah. Ini antara keburukan dan kesan sampingan rumpai laut. Jika anda ada apa-apa nak tambah sila zopim ataupun facebook mesej saya dan saya akan siasat dan buat tambahan jika perlu. Jika maklumat anda unik, kredit akan diberikan. Seperti biasa, kalau suka dengan artikel ini sila kongsikan dengan klik butang share di bawah. Terima kasih kerana membaca dan jangan lupa datang lagi.

Sumber:
  • pengalaman sendiri
  • eHow.com/Health
  • wikipedia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme