Cara Hilangkan Bau Hanyir Rumpai Laut


Cara hilang bau hanyir seaweedcollagen.com

Saya pasti ramai yang datang ke pautan "Cara Hilangkan Bau Hanyir Rumpai Laut" ini masih tidak berputus asa setelah cuba masak rumpai laut kali yang pertama dulu. Anda mungkin telah baca mengenai bau rumpai laut mentah yang hanyir, busuk, meloyakan dan nak muntah bila makan.

Kalau siapa yang beli pek kecil 100gram rumpai laut unggu atau kuning emas mungkin dah berhenti terus makan, give up pasal tak larat nak layan bau yang hamis, hanyir dan senang kata busuk.

Kalau yang dah terbeli 1kg tu, alamak ruginya dan mulalah nak kasi rumpai laut kat adik beradik, sedara mara dan kawan-kawan. Anda tidak rugi, jangan mengalah. Ini semua pasal anda tidak jumpa caranya lagi. Kalau dah dapat tu mesti seronok dan cakap besar lagi kan?

Sebelum itu mari kita kupas persoalan kenapa ia berbau busuk:
  • Rumpai laut ini hidupan air laut yang terendam dalam air masin. Jadi seperti ikan kering, sotong kering, udang kering dan lain-lain baunya memang begitu, bau laut.
  • Bau gamat pun memang busuk dan hanyir seperti rumpai laut, kerana gamat juga hidup di laut seperti rumpai laut dalam ekosistem yang serupa.
  • Kebanyakkan ubat yang berkesan memang berbau, Allah dah jadikan yang ubat-ubatan ni bukan senang nak dimakan. Mereka yang betul-betul nakkan khasiatnya kena sanggup baru boleh dapat khasiatnya.
Jadi macam mana cara untuk menghilangkan bau rumpai laut yang busuk dan hanyir ni. Anda mungkin berkata "...dah taruk daun pandan dah, tapi masih hanyir!" Pelik kan? Pasal banyak penjual tidak menjelaskan betul-betul, kesian awak. Kalau anda memang tidak tahan bau hanyir rumpai laut ini, anda perlulah ikut petua saya ini.

Kenalah cuba pakai daun pandan segar. Janganlah yang beli dekat Tesco, Giant atau kedai runcit tu, dah kering dah cik adik oi. Tanam sendiri dalam pasu belakang rumah. Bukan susah pun, cari kawan atau jiran yang ada pokok pandan dan minta tunas baru pastu cucuk dalam pasu dan siram hari-hari. InsyaAllah bercambah lah nanti.

Sebagai panduan, saya cuma berikan cara untuk hilangkan bau rumpai laut bila masak 25gram aje. Kalau anda masak lebih, kenalah pakai bahan lebih ikut skala yang betul.

Cara hilangkan bau rumpai laut:
  1. Gunakan daun pandan segar.
  2. Rendam rumpai laut dengan 2 helai daun pandan semalaman.
  3. Tarukkan sekali 1-2 keping asam keping.
  4. Gantikan air rendaman setiap sejam, jika mampu.
  5. Masak dengan 2 helai daun pandan lagi.
  6. Taruk satu sudu esen ros, vanila ataupun daun pandan.
  7. Untuk masker muka tambah lagi air mawar. Bukan saja wangi malah khasiat air mawar baik untuk muka.
masak rumpai laut dengan esen bunga ros seaweedcollagen.com

Jenama apa yang saya guna? Tengok dan perati betul-betul gambar kat atas sekali tu. Memang saya selalu pakai cap bintang aje. Guna untuk masak sirap, kek, kuih, agar-agar dan terus aje saya capai dan guna untuk masak rumpai laut sekali. Jadi saya memang rekomen anda guna juga. Sebotol dalam RM1.80-2.00 ikut beli kat mana. Kat kedai runcit ada, kat kedai pemborong bahan kek pun ada dan kat Tesco dan Giant pun ada. Kalau nak pakai jenama Tesco tu kena lebihkan sukatan ya. Saya dah cuba, memang tak sama dengam jenama bintang ni. Kalau jenama bintang pakai sesudu esen je dah ok tetapi untuk jenama Tesco tu kena pakai 3 sudu baru hilang bau busuk dan hanyir rumpai laut.

Selesai sudah. Seperti biasa jika anda suka tutorial kali ni, bolehlah tolong kongsi dan sebarkan guna butang facebook, twitter dan share kat bawah ni ok. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme