Apa Itu Kolagen

struktur kolagen triple helix - seaweedcollagen.com

Kali ini kita akan mengetahui lebih lanjut mengenai kolagen. Apa dia gambar kat atas tu? Itu sebenarnya adalah struktur model Tropocollagen triple helix iaitu asid amino yang membentuk kolagen. Terima kasih kepada wikipedia commons untuk sumber foto royalti percuma. Susah juga nak cari gambar kolagen ni yang tidak berlesen. Semua laman stock photo kena bayar untuk guna jadi ambil yang wikimedia commons cukuplahkan. Saya tidak akan cerita pasal asal usul nama kolagen, kompaun bahan kimia dan segala benda yang mungkin anda tidak minat. Doktor kulit atau pakar kecantikan mungkin berminat, kalau nak tahu juga boleh rujuk wikipedia.

Sifat Kolagen

Kolagen adalah satu struktur protein berserabut yang fungsinya agak berbeza dari protein globular seperti enzim. Serat kolagen adalah satu komponen utama struktur sel yang menyokong kebanyakan tisu badan manusia dan memberikan bentuk struktur sel dari luar, tetapi kolagen juga ditemui di dalam sel-sel tertentu. Kolagen mempunyai kekuatan tegangan yang besar, dan adalah komponen utama sel rawan, ligamen, tendon, tulang dan kulit.

Bersama-sama dengan keratin yang lembut, ia menyokong kekuatan dan keanjalan kulit. Ia juga penentu kepada degradasi atau kehapusan semua struktur sel kulit yang membawa kepada kedutan dan penuaan kulit secara amnya. Kolagen juga menguatkan pembuluh darah dan memainkan peranan dalam pembangunan seluruh tisu badan. Yang menarik adalah kolagen juga hadir dalam kornea dan kanta mata dalam bentuk kristal. Jadi kalau nak mata warna perang tu makanlah rumpai laut gred AA warna kuning emas banyak-banyak. Mana ada saya melawak aje tu.

Kolagen adalah protein yang paling banyak dijumpai dalam alam haiwan. Ia adalah protein utama yang terdiri daripada extracellular matrix ataupun ECM. Terdapat sekurang-kurangnya 30 gen kolagen yang berbeza dalam genom manusia. Kesemua 30 gen ini menjana protein yang bergabung dalam pelbagai cara untuk mewujudkan lebih daripada 28 jenis gentian halus kolagen. Jenis I, II dan III adalah gentian halus yang paling banyak dan bentuk struktur yang serupa.

Serat kolagen sebenarnya dibina daripada protein dua asid amino, dipanggil hydroxylysine dan hydroxyproline. Kedua asid amino ini adalah sangat penting untuk pembentukan semua jenis kolagen dan memberikan sifat kekuatan tegangan dan sifat fleksibiliti. Bagimana badan kita hendak membentuk asid-asid amino ini dan menghasilkan kolagen? Jawapannya adalah sumber pemakanan lysine dan proline diperlukan oleh kita semua.  

Di samping itu, Vitamin C pula diperlukan oleh badan kita untuk menukar proline ke hydroxyproline, dan lysine ke hydroxylysine. Minuman berkafein merencatkan fungsi Vitamin C, oleh itu kurangkan atau berhenti minum terus. Vitamin C juga merupakan antioksidan yang kuat yang menghapuskan dan mengelakkan radikal bebas yang boleh merosakkan kolagen dan menyumbang kepada penuaan dan pemusnahan tisu badan.

Asid hyaluronik menggalakkan fungsi kolagen, kerana ia diperlukan untuk mengikat gentian kolagen dan elastin bersama-sama untuk membentuk struktur kolagen. Asid hyaluronik juga diperlukan untuk membaiki dan menggantikan serat kolagen yang rosak dan mati.

 Sumber Lysine, Proline dan Asid Hyaluronik

Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ayam, ikan dan putih telur adalah sumber utama untuk lysine dan proline. Sumber paling bagus lysine adalah daging tanpa lemak, seperti daging lembu, kambing boer, ayam kampung dan produk tenusu rendah lemak. Makanan kekacang juga adalah sumber penting lysine. Jikalau nak makan ikan, cari ikan yang segar bagi menggalakkan pertumbuhan semula kolagen dalam badan. Paling bagus adalah ikan bakar fresh dekat kedai-kedai tepi pantai. Pasal tu ramai orang bertumpu ke kedai ikan bakar ni. Bukan sahaja sedap tetapi sihat.

Sumber terbaik asid hyaluronik adalah rumpai laut, produk soya seperti tempe dan susu kacang soya, kentang manis, avocado dan buah mangga. Asid hyaluronik juga biasanya dijumpai dalam rawan haiwan, jadi sup kepak ayam dan sup ikan adalah yang terbaik. Nanti tunggu ruangan resepi saya. Ada sup kepak ayam dengan rumpai laut dan juga sup ikan merah dengan rumpai laut. Sedap nyum nyum dan sihat. Kenapa bila kita pergi ke hospital, mesti bangsa cina bawa sup ayam dan sup ikan untuk pesakit. Mereka dah tahu khasiatnya semenjak dahulu lagi, perubatan cina kan sudah beribu tahun. Lepas bersalin, lebih-lebih lagi yang buat pembedahan c section kan makan juga sup ikan haruan. Sama le juga tu khasiatnya tu.

Yang ada budget lebih boleh beli suplemen pemakanan. Kalau pergi ke farmasi sekarang ni tidak kira Guardian, Watson, yang terbaru buka cawangan merata Malaysia adalah Cosway, memang bersusun dan bermacam jenis produk kolagen daripada minuman dan makanan yang berkalogen. Kalau pergi ke pusat kecantikan dan spa pun ada bermacam rawatan kolagen, sampai pening kepala nak pilih.Kenapa perlu tahu pasal kolagen? Penting kerana semua produk ni sama ada kita makan atau minum atau cucuk semua akan masuk dalam badan jadi darah dan daging kita. Jadi paling penting nak tahu adalah sumber kolagen,  status kesucian dan halal kolagen produk tersebut.

Selesai sudah. Jika anda suka dengan artikel ini boleh kongsikan dengan rakan facebook dan twitter ataupun email dengan menggunakan butang share kat bawah sekali sini. Jangan lupa ikuti Facebook kami dengan klik butang like dekat widget belah atas kanan tu ok. Terima kasih.

Sumber maklumat:
  • Wikipedia.org
  • The Medical Biochemistry Page

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme