Selamat Menyambut Tahun Baru 2014

selamat tahun baru 2014

Kami di SeaweedCollagen.com ingin mengucapkan beribuan terima kasih kepada kesemua pelanggan setia kami sepanjang tahun 2013. kami doakan semoga tahun 2014 membawa seribu kebaikan kepada anda.

Promosi Istimewa Birthday Sultan Selangor

 

As Salam,

Kami kembali  lagi dengan tawaran istimewa untuk anda semua!

Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor yang jatuh pada 11hb Disember tahun ini, kami ingin menawarkan kepada semua pelawat dan pengikut setia blog SeaweedCollagen.com kupon diskaun 25% untuk satu hari sahaja.

Ya!  25% penjimatan atas semua produk khusus wanita. Tawaran istimewa ini hanya sah untuk satu hari ini sahaja. Jangan terlepas peluang. Anda boleh berbelanja sampai puas hati sehingga jam 12 tengah malam sahaja.

Jangan lepaskan peluang ini. Kongsikan maklumat ini dengan keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan serta kenalan melalui rangkaian sosial pilihan anda. Bagi mereka yang terpaksa kerja (luar negeri Selangor), anda masih boleh berbelanja tanpa keluar pejabat. Tidak perlu iri hati dengan mereka yang cuti ya.

Ini dia kupon diskaun untuk anda gunakan:



Contoh: 
Belian RM40 akan dapat potongan RM10, berbelanja lebih untuk lebih banyak penjimatan.

Sila ke HerbaOrganik.com untuk menggunakan kupon diskaun anda ini.

Nantikan banyak lagi tawaran istimewa daripada kami serta  penambahan produk-produk  baru tidak lama lagi. Terima kasih kerana melawat dan jemput datang lagi ya.


Promosi Istimewa Sabun PMC Delima

 

As Salam,

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, kami akan mengemaskini laman blog ini dengan info terbaru bila perlu. Untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua pengikut blog, facebook dan twitter, kami dengan segala sukacitanya ingin menghadiahkan kepada anda dengan kupon diskaun promosi istimewa ini.

Bagaimana nak guna kupon diskaun ini? Senang sahaja, arahan sudahpun diberi kepada anda atas kupon tersebut. Secara amnya, anda masukkan kod diskaun semasa membuat pesanan di HerbaOrganik.com dan anda akan dapat diskaun sebanyak 10% untuk produk sabun pmc delima bermula esok Ahad 8/12/2013 hingga Sabtu 14/12/2013 untuk belian 2 unit produk atau RM40 ke atas.

Contoh: 
Belian RM40 akan dapat potongan RM4

Anda boleh save gambar kupon di atas dan e-mail kepada ahli keluarga, sedara mara dan kawan-kawan serta kenalan jika mahu berkongsi. Tetapi jangan lupa ya, promosi istimewa ini cuma bermula esok. Kalau guna kod diskaun malam ni, kupon diskaun tersebut tidak sah lagi.

Nantikan banyak lagi tawaran istimewa daripada kami serta  penambahan produk-produk  baru tidak lama lagi. Terima kasih kerana melawat dan jemput datang lagi ya.

JualBeli Pure Marine Collagen di HerbaOrganik.com

herbaorganik.com

As Salam,

Dengan sukacitanya dan berbesar hati kami ingin menjemput anda semua ke laman web baru kami yang berkonsepkan kedai koleksi herba-herba tradisional dan produk organik lain. Setelah sekian lama dalam perancangan kami sudah bersedia menyambut tahun baru 2014 ini dengan membuka laman sesawang baru ini. InsyaAllah urusan jual-beli anda lebih mudah, sistematik dan selamat dengan menggunakan sistem shopping cart yang merupakan standard industri e-dagang buat masa ini.

Untuk makluman pelanggan-pelanggan semua, mulai hari ini semua urusan jual-beli di www.SeaweedCollagen.com akan dipindahkan ke laman sesawang baru www.HerbaOrganik.com. Blogshop ini akan bertukar status kepada blog sahaja dan akan dikemaskini dengan maklumat-maklumat terbaru mengenai rumpai laut dan kolagen dari masa kesemasa

Kami memerlukan sokongan anda semua. Oleh itu jemputlah melawat http://www.HerbaOrganik.com mana tahu ada produk yang berkenan dihati dan jangan lupa kongsikan dan sebar-sebarkan. Terima kasih.


Harga Rumpai Laut Kering Semporna Sabah

 

Salam semua, terima kasih kerana datang berkunjung ke laman blog saya. Untuk kali ini saya akan menceritakan mengenai harga rumpai laut atau lebih manja di panggil pure marine collagen atau pmc oleh kebanyakkan orang Malaysia.

Sebelum itu anda perlu tahu yang rumpai laut daripada semporna, sabah ini adalah daripada spesis eucheumma cottonii. Mengapa harga jualan rumpai laut berbeza-beza? Ada banyak sebabnya. Sama seperti apa sahaja komoditi, barang dan perkhidmatan. Harga rumpai laut akan berbeza mengikut:
  • permintaan di pasaran
  • bekalan di pasaran
  • kos jualan
  • perang harga
  • kualiti rumpai laut
 Permintaan di Pasaran

Kita semua tahu yang rumpai laut sekarang di Malaysia menjadi satu hot item untuk mereka yang mencari produk kesihatan dan kecantikan. Rumpai laut bukan sahaja di makan oleh kaum wanita tetapi orang lelaki pun turut serta makan rumpai laut. Permintaan yang tinggi di pasaran menyebabkan ramai pembekal, pemborong dan penjual menurunkan harga kerana dengan jumlah jualan yang tinggi, mereka sudah berupaya membuat untung meskipun margin rendah.

Bekalan di Pasaran

Inisiatif kerajaan dengan menolong para penternak dan nelayan di Semporna, Sabah membantu meningkatkan pengeluaran rumpai laut. Geran penyelidikkan dengan bajet berjuta ringgit di berikan kepada universiti-universiti tempatan seperti UPM dan UMS bagi meningkatkan hasil pengeluaran rumpai laut. 

Teknik-teknik ternakan rumpai laut sebelum ini di majukan dengan teknik-teknik baru yang mampu mempercepatkan proses pengkulturan dan pengeluaran rumpai laut. Ini menyebabkan pengeluaran bertambah dan berlakunya lambakan rumpai laut di pasaran.

Kos Jualan

Ramai pembekal, pemborong dan penjual juga perlu mengambil kira kos pengeluaran dan pemasaran produk. Ini termasuk kos pembungkusan dan pengilangan, kos pekerja, kos sewa gudang dan stor, kos logistik serta penghantaran ke seluruh Malaysia serta kos pengiklanan. Kos operasi ini menyebabkan perbezaan harga di antara pembekal, pemborong dan penjual.

Perang Harga

Oleh kerana rumpai laut ini menjadi satu fenomena perniagaan baru di Malayisa. Ramai ahli perniagaan yang sudah biasa dengan bisnes trading mula buka mata dan turut serta menjual rumpai laut. Ramai juga antara suri rumah dan pelajar kolej serta universiti yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan online turut serta menjual rumpai laut. Bukan sahaja itu, mereka yang membeli rumpai laut dengan kuantiti banyak sampai tak habis makan sorang pun turut serta menjual rumpai laut. Jadi apa yang berlaku apabila meningkatnya penjual di pasaran? Mengikut hukum kapitalis, perang harga pun terjadi. Yang untung adalah pembeli semua, baguslah kan.

Kualiti Rumpai Laut

Seperti dalam artikel khasiat rumpai laut sebelum ini,  saya ada membuat penerangan ringkas mengenai gred-gred rumpai laut.
  • Gred A - rumpai laut warna putih yang terkena serangan perosak bakteria ice-ice.
  • Gred AA - rumpai laut warna kuning emas, dikeringkan dengan jemuran dan stim.
  • Gred AAA - rumpai laut warna unggu, dikeringkan dengan jemuran dan angin panas.
  • Gred AAAA - rumpai laut warna hijau, dikeringkan dengan jemuran sahaja.
Gred A atau 1A merupakan jenis rumpai laut yang telah terkena jangkitan ataupun serangan perosak bakteria ice-ice. Serangan bakteria ini bermusim dan tahun 2013 ini merupakan tahun para penternak bernasib baik kerana kurangnya serangan wabak ini. Bakteria ice-ice tidak memberi apa kesan kepada kita, ia adalah bakteria seperti parasit yang menumpang di perumah rumpai laut. Ia menumpang dan menyedut segala khasiat rumpai laut menyebabkan rumpai laut menjadi putih dan pucat. Kerana teknik pengeluaran baru yang berjaya mengeluarkan hasil dengan banyak, rumpai laut gred A atau 1A ini tidak sampai ke pasaran lagi dan akan dibuang oleh pembekal. Pasal tu kita dah tak nampak orang jual kan?

Perbezaan antara rumpai laut gred AA dan AAA adalah berdasarkan pemilihan oleh penternak atau nelayan bagi mengasingkan rumpai laut warna cokelat dan merah keungguan. Kedua-dua rumpai laut ini pada mulanya akan di keringkan bawah sinar matahari. Warna cokelat akan di stim dan warna violet atau unggu akan di keringkan secara jemuran bawah tempat teduh dengan angin panas. Gred AA atau 2A adalah rumpai laut yang dikeringkan secara jemuran dan stim. Oleh kerana itu ia kehilangan khasiat beta-caroten rumpai laut gred AAA atau 3A. Tetapi khasiat nutrien lain adalah tidak terjejas.  Kerana gred 3A dikeringkan dengan lebih lama, menyebabkan proses pengeluarannya lambat sedikit. Ini menyebabkan perbezaan harga.

Bagi gred AAAA atau 4A, rumpai laut warna hijau. Seperti diterangkan sebelum ini dalam artikel lepas saya, khasiatnya adalah tambahan sumber klorofil. Kenapa harganya mahal sekali? Kerana tidak ramai penternak atau nelayan yang dapat mengkultur variasi warna rumpai laut ini dengan berjaya. Ia menyebabkan rumpai laut hijau kurang bekalan di pasaran. Mengikut hukum kapitalis tawaran dan permintaan, harga komoditi pun naik.

Kualiti rumpai laut juga boleh terjejas jika disimpan lama dalam gudang atau stor, tetapi ini tidak menjadi kerisauan pembekal masa kini kerana permintaan yang tinggi di pasaran. Yang merisaukan saya masa ini adalah kerana kerakusan sesetengah pembekal yang menjual secara borong berlumba-lumba untuk mengeluarkan hasil rumpai laut dengan cepat.

Pembongkaran teknik menyalai rumpai laut bagi mempercepatkan proses pengeringan rumpai laut kepada kandungan air 30-45% telah dibuat di satu blogshop lain. Teknik menyalai ini adalah seperti memasak rumpai laut dan berbeza daripada proses stim ataupun pengeringan dengan jemuran atau udara panas. Sumber nutrisi rumpai laut dikhuatiri terjejas atau terhapus dengan proses ini. Wallahualam. Jika teknik ini dibuktikan berkesan dan bagus oleh penyelidikkan universiti tempatan, MARDI, SIRIM, LKIM atau mana-mana badan-badan berkaitan lain di dunia, saya akan tarik balik kenyataan ini dan mohon maaf.

Selesai sudah. Terima kasih kerana membaca. Sila kongsikan artikel ini dengan klik butang sosial dibawah. Jemput datang lagi.

Rumpai Laut Rawat Darah Tinggi

pure marine collagen atau seaweed collagen rawat darah tinggi 

Hari ini 9/5/2013 saya akan mengulas artikel suratkhabar Berita Harian yang di tulis oleh Fatin Hafizah mengenai bahaya Hipertensi. Saya juga akan merujuk kepada kebaikan dan khasiat rumpai laut bagi mengelakkan, mencegah dan mengubati hipertensi. 

Sebelum itu, apakah hipertensi? Hipertensi adalah darah tinggi dan merujuk kepada hypertension dalam bahasa inggeris.

Menurut wikipedia...
Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Penulis melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyatakan, penyakit hipertensi dihidapi satu daripada tiga dewasa berusia 25 tahun ke atas (atau kira-kira 1 bilion orang) di seluruh dunia dengan mengakibatkan hampir 9.4 juta kematian akibat serangan penyakit jantung dan strok setiap tahun. Keadaan itu secara tidak langsung, ia juga mempunyai impak yang besar pada ekonomi kerana kos penjagaan pesakit meningkat dan kehilangan produktiviti akibat pesakit tidak dapat bekerja

Antara faktor-faktor yang menyebabkan hipertensi:
  • Berat badan berlebihan (obesiti). 
  • Pengambilan lemak berlebihan atau makanan berkolesterol tinggi. 
  • Pengambilan garam/makanan terlalu masin. 
  • Kurang aktiviti fizikal dan bersenam. 
  • Faktor keturunan. 
Rawatan hipertensi:
  • Hipertensi boleh dikawal dengan pengambilan ubat darah tinggi. Sila dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor. 
  • Selain dari memakan ubat, tekanan darah tinggi perlu dikawal dengan mengamalkan pemakanan sihat, iaitu kurang lemak dan garam.
  • Pengambilan garam alternatif yang lebih sihat.
  • Sentiasa bersenam (dapatkan nasihat doktor jika anda menghidap sakit jantung, sebelum bersenam). 
  • Berhenti merokok dan minum alkohol.
Selesai sudah. Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan artikel ini dengan klik butang sosial dibawah. Jemput datang lagi.

Sumber:
  • Berita Harian
  • Wikipedia

Malaysia Destinasi Pelancongan Kesihatan

spa kesihatan dengan rawatan rumpai laut
Salam semua. Hari ni suka saya hendak mengulas penulisan artikel Berita Harian bertarikh 2/5/2013 dengan tajuk Destinasi Pelancongan Kesihatan yang ditulis oleh Nor Afzan Mohamad Yusof.

Artikel ini adalah sangat menarik bagi saya kerana semenjak beberapa tahun lepas Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kesihatan negara kita telah bergabung tenaga untuk membangunkan industri pelancongan perubatan ataupun kesihatan ini.

Seingat saya memang banyak inisiatif-inisiatif kerajaan seperti bantuan geran untuk membuka spa rawatan kecantikan dan pusat refleksologi yang berkualiti khas untuk pelancong. Tidak lupa juga inisiatif pihak swasta seperti program tiket tambang murah Air Asia dan Firefly daripada negara jiran ke negeri-negeri di Malaysia dengan pusat perubatan hebat seperti Kuala Lumpur dan Melaka.
Berdasarkan laporan peratusan pelancongan kesihatan negara mencatatkan pertumbuhan lebih 20 peratus sejak tiga tahun lalu dengan angka tertinggi dicatatkan tahun lalu yang mana perolehan pendapatan dalam bidang itu sebanyak RM570.5 juta, melebihi angka sasaran sebelum ini iaitu RM548 juta.
Sasaran kerajaan untuk industri ini telah tercapai dengan sangat cemerlang. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata...
Kejayaan itu hasil tindak balas kerajaan terhadap kehendak pelancong, selain strategi pemasaran yang berkesan. Antara faktor peningkatan ialah kemudahan berkualiti, kos rawatan, perubatan pada kadar mampu dibiayai dan persekitaran negara yang mesra pelancong.

Mereka semakin yakin dengan kualiti kesihatan ditawarkan Malaysia, walaupun dalam keadaan ekonomi global tidak menentu. Malah kita berusaha memastikan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan kepada sektor ini berbanding lapan peratus sekarang.

Dengan potensi besar ini, sewajarnya Malaysia terus memajukan bidang itu dengan menawarkan perkhidmatan lebih hebat dari segi saringan perubatan, diagnostik, pembedahan kosmetik, kardiologi, oftalmologi, pembedahan saraf dan ginekologi, selain perkhidmatan kesihatan seperti homeopati, spa, refleksologi serta rawatan tradisional.

Saya berpendapat, jika perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan lain kita mendapatkan pengiktirafan dan persijilan daripada kementerian yang berkaitan, sudah tentu pelancong-pelancong akan tertarik untuk mengunjungi pusat homeopati, spa, refleksologi serta rawatan tradisional. Lebih-lebih lagi jika pusat-pusat berkenaan disenaraikan dalam buku panduan pelancongan rasmi negara.

Kerajaan dalam usaha untuk mempromosikan negara ke luar perlu juga mempromosi salah satu produk kesihatan dan kecantikannya yang unik iaitu rumpai laut eucheuma cottonii daripada Semporna, Sabah. Agak hairan apabila kita pergi ke Kota Kinabalu Sabah tidak nampak usaha kementerian tertentu untuk memasarkan produk rumpai laut ini seperti usaha kementerian memasarkan produk gamat di Langkawi pada era Tun Mahathir dahulu.

Selesai sudah. Terima kasih kerana membaca dan silalah kongsikan artikel ini menggunakan butang sosial dibawah. Jemput datang lagi.

Sumber:
  • Berita Harian

Sumber Kolagen Pure Marine Collagen

rumpai laut pure marine collagen semporna sabah

Jika anda ada mengikuti penulisan saya mengenai kolagen sebelum ini, artikel kali ini adalah tambahan maklumat mengenai sumber-sumber kolagen. Sila klik label kolagen disebelah atas bawah tajuk artikel ini atau di sebelah kanan sidebar laman web untuk membaca artikel-artikel terdahulu.

Dari manakah datangnya sumber-sumber kolagen yang ada di pasaran?

Sumber Kolagen Haiwan Ternakan

Sebelum kolagen suntikan serum menjadi popular, sumber ternakan seperti lembu dan babi akan dikorbankan untuk harvest gelatin haiwan sebagai sumber kolagen. Sebenarnya gelatin haiwan ini diambil dari tulang, kuku, dan tisu lembu dan babi. Bahagian-bahagian ini dikisar, dirawat dengan asid pekat dan direbus. Ini memecahkan kolagen haiwan-haiwan tersebut ke dalam bentuk gelatin. Gelatin ini pula akan diprodukkan dalam bentuk jeli kolagen atau minuman berkalogen serta suplemen makanan lain.

Kolagen suntikan serum yang sangat popular di negara barat dan serata dunia juga adalah daripada sumber ternakan lembu dan babi. Di Malaysia sendiri golongan kaya dan bukan muslim mengambil suntikan serum kolagen ini untuk awet muda. Bagi golongan mereka yang berpendapatan sederhana dan budget akan pergi ke negara jiran seperti Thailand dan Indonesia untuk mendapatkan rawatan suntikan serum ini dengan harga lebih murah.

Tetapi sejak akhir-akhir ini golongan mereka yang gemar dengan sumber kolagen ini juga telah mula sedar akan bahaya sumber ini. Ini adalah kerana wabak penyakit yang dialamai oleh haiwan-haiwan ini seperti virus nipah/JE dan penyakit lembu gila (mad cow disease) boleh dipindahkan secara langsung kepada manusia dengan memakan atau mengambil suntikan kolagen sumber ternakan. Oleh itu banyak negara moden seperti Jepun terus mengharamkan sumber kolagen daripada haiwan ternakan.

Sumber Kolagen Manusia

Pelik tetapi benar! Sumber kolagen yang taboo dan sensitif ini adalah satu sumber yang memeranjatkan. Di negara barat dengan teknologi daripada Israel, sumber kolagen daripada tisu manusia orang yang mati di harvest kerana mereka percaya dan yakin dengan mengambil sumber kolagen daripada tisu manusia sendiri adalah kolagen terbaik. Ini juga adalah kepercayaan beberapa blogger di Malaysia yang anti pure marine collagen sumber rumpai laut. Mereka sanggup menyokong cara ini yang haram dan tidak berperikemanusiaan. MasyaAllah!

Cuba anda bayangkan orang yang nak mati sign nama mereka untuk bersetuju menderma tisu badan mereka untuk orang kaya mendapatkan bekalan stok kolagen awet muda. Setelah penderma mati, doktor akan menyedut lemak badan si mati dan memproses lemak bagi mengasingkan tisu kulit untuk mendapatkan kolagen. Ngeri sungguh. Loya dan nak muntah saya rasa bila bayangkan.

Bukan itu sahaja, malah pakar-pakar mengatakan penerima sumber kolagen manusia ini juga berisiko mewarisi penyakit daripada penderma dan jika berlaku kes badan penerima kolagen menolak suntikan serum kolagen manusia tersebut kerana tidak serasi, sistem badan penerima kolagen akan terkejut dan mangsa mungkin kena serangan strok atau sakit jantung seperti kes-kes tertentu yang berlaku di negara-negara jiran Thailand dan Indonesia yang membawa maut.

Sumber Kolagen Eksperimental

Ini lagi satu kerja gila orang yahudi Israel. Percaya atau tidak golongan terlebih cerdik dan pandai ini telah menghasilkan tumbuhan transgenik sumber kolagen manusia. Para saintis yahudi ini telah berjaya menggabungkan genetik pokok tembakau dengan genetik manusia. Daun-daun pokok ini ada ciri-ciri kolagen pada tisu kulit manusia iaitu asid amino dengan struktur Tropocollagen triple helix. Astagfirullah!

Tetapi maaf ya, harga tumbuhan-tumbuhan ini adalah berjuta-juta dollar amerika. Jadi yakinlah bahawa sumber kolagen ini adalah khas untuk golongan kaya yahudi yang takut mati dan berdepan dengan hukuman Allah kerana segala porak poranda yang telah mereka lakukan kepada umat Islam.

Selain itu para saintis dan pakar Jepun ada membuat kajian untuk mengekstrak sumber kolagen daipada penyu dan saintis cina pula membuat penyelidikkan bagi mendapatkan sumber kolagen daripada obor-obor ataupun jellyfish. Kedua sumber ini masih di peringkat kajian dan belum masuk peringkat human testing atau cubaan atas manusia lagi.

Sumber Kolagen Tumbuhan (Phyto) & Pure Marine Collagen

Para pakar kesihatan dan saintis Jepun terpaksa mencari sumber kolagen alternatif kerana kerajaan mereka telah mengharamkan sumber kolagen daripada haiwan ternakan. Kajian mereka mendapati cara terbaik bagi mendapatkan sumber alternatif kolagen adalah bukan dengan proses sintesis kolagen tisu manusia ataupun mencari kolagen yang seakan sama dengan tisu manusia tetapi mencari sumber pemakanan yang dapat membantu serta menggalakkan penghasilan kolagen badan manusia itu sendiri.

Anda tahu melalui pembacaan dilaman web ini dan sumber-sumber lain kepentingan zat-zat tertentu seperti asid lemak omega-3, asid lemak omega-6, lysine, proline, asid hyaluronik, vitamin C dan lain-lain antioksidan yang ada pada tumbuhan dan haiwan tertentu. Kita boleh mengambil makanan ini secara langsung tetapi siapa yang dapat makan diet seimbang setiap pagi, tengahari dan malam setiap hari selama 365 hari sepanjang umur. Pemakanan kita yang tidak teratur dan diet yang tidak seimbang menyumbang kepada degradasi kolagen dalam badan kerana badan tidak dapat menghasilkan kolagen secara semulajadi kerana kekurangan zat-zat tertentu.

Oleh kerana itu saya masukkan malnutrisi dalam senarai sebab-sebab kita cepat tua atau kekurangan kolagen. Pendapat saya ini sama dengan pendapat pengasas teori organik iaitu pemakanan penting dalam menentukan tahap kesihatan, awet muda dan umur panjang. Apa sebab-sebab utama degradasi kolagen badan berlaku dengan cepat yang sering saya ulang di sini sebelum ini?

  • sinar UV-A dan UV-B matahari
  • tekanan perasaan ataupun stress
  • kurang rehat ataupun tidur
  • menghisap rokok
  • minum alkohol
  • malnutrisi ataupun diet yang tidak tepat ataupun kurang
Oleh kerana itu juga pakar-pakar perubatan dan kesihatan di Jepun dan Korea membuat penyelidikkan dan mengeluarkan segala jenis produk phyto collagen dan yang lebih popular pure marine collagen yang datang daripada sumber-sumber seperti tumbuhan, ikan dan rumpai laut. Ini diikuti oleh saintis-saintis daripada negara eropah seperti Perancis. Akhir sekali negara amerika syarikat juga turut serta mengeluarkan versi produk alternatif kolagen mereka.

Ini semua bukan konspirasi syarikat-syarikat tertentu untuk mengaut keuntungan seperti dakwaan setengah-setengah blogger tetapi telah terbukti dengan segala penyelidikan yang dilakukan. Anda tahu betapa ketat syarat, piawai dan pemantauan kerajaan negara-negara yang saya sebutkan di atas tadi ke atas segala produk kolagen alternatif ini. Senang cakap bukan macam yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kerajaan Malaysia sendiri telah memperuntukkan belanjawan beratus juta ringgit untuk membuat penyelidikkan mengenai khasiat rumpai laut eucheuma cottonii. Sekarang anda percaya tak yang rumpai laut Semporna, Sabah ini bagus untuk anda? Jika anda masih tidak yakin saya rasa lebih baik anda berjumpa sendiri dengan mereka yang sudah makan sejak sekian lama dan dengar sendiri testimoni daripada mulut mereka ke telinga anda.

Selesai sudah. Terima kasih kerana membaca, sekarang kongsikanlah ilmu ini kerana sunat kita menyampaikan atau mengembangkan ilmu. Anda dapat pahala dan saya juga dapat pahala, InsyaAllah. Anda boleh sampaikan secara word of mouth, print, email atau laman sosial dengan klik butang share di bawah. Jemput datang lagi.

Sumber:
  • US National Library of Medicine

Rumpai Laut Bagus Untuk Wanita Menopaus

rumpai laut @ pure marine collagen bagus untuk wanita menopaus
Adakah anda baru menopaus?

Jika jawapan anda ya sila teruskan baca. Jika jawapan anda tidak tetapi anda adalah wanita macam saya, sila teruskan baca juga kerana anda akan mengalaminya satu hari nanti.

Sebelum kita mulakan artikel berkenaan rumpai laut yang membantu wanita menopaus, mari kita kaji dulu mengenai menopaus. Perkataan menopaus dalam bahasa inggeris dikenali sebagai menopause iaitu gabunggan dua perkataan menstrual dan pause.

Menstrual + Pause

Menstrual bermaksud kitaran haid dan pause bermaksud berhenti. Jadi menopaus bermaksud kitaran haid wanita yang berhenti terus atau dengan maksud lain putus haid. Peringkat umur untuk wanita menopaus adalah tidak tetap, seawal umur 42 tahun sehingga lewat 58 tahun. Faktor yang boleh mempercepatkan menopaus atau orang panggil menopaus awal boleh dikaitkan dengan tabiat merokok, indeks jisim badan (BMI) yang tinggi, faktor kaum atau etnik, penyakit, kemoterapi, radiasi dan pembedahan ovari dengan atau tanpa pembuangan rahim.

Tanda-tanda menopaus:
  • Rasa panas yang mendadak mulai daripada dada, naik ke leher dan terus ke kepala disertai dengan peluh yang mencurah.
  • Migrain atau sakit kepala.
  • Jantung berdenyut dengan laju.
  • Mudah marah dan tersinggung, emosi terganggu dan sedih tanpa bersebab.
  • Vagina kering.
  • Kitaran haid tidak teratur.
  • Insomnia atau susah tidur waktu malam.
  • Sering kepenatan.
  • Sakit belakang, sendi dan sering kejang otot.
Anda sah menopaus jika anda tidak datang haid selama setahun dan tiada juga tanda-tanda mengandung. Tiada ubat atau rawatan yang dapat mengelakkan simtom menopaus tetapi pengambilan suplemen makanan seperti tablet kalsium, ginseng dan rumpai laut membantu anda dalam tempoh menopaus ini. Lebih-lebih lagi anda berisiko tinggi untuk kena osteoporosis.

Menurut Dr. Steven R. Cumming daripada University of California San Francisco...

Di rantau Asia, termasuk Malaysia, kebanyakan pesakit osteoporosis tidak dirawat kerana mereka tidak disaring. Antara penyebab ketara ialah kekurangan fakta epidemiologi dan ekonomi yang merangkumi isu kesihatan lain yang lebih penting dan mendapat perhatian berbanding osteoporosis sedangkan bilangan pesakit osteoporosis yang terdapat di hospital adalah lebih banyak berbanding penyakit lain termasuk diabetes, dan barah payu dara.
Keretakan tulang dan masalah pada bahagian pinggul akan memberi kesan kepada kualiti hidup dan mengubah corak kehidupan wanita kepada keadaan yang lebih negatif. Kesakitan tulang dan sendi serta kehilangan kemampuan dan kurang keyakinan disebabkan osteoporosis akan memberi kesan kepada kesihatan mental dan mengurangkan kualiti hidup dalam jangka panjang.

Oleh itu wanita-wanita yang berisiko perlu mengambil suplemen makanan seperti tablet kalsium, minum susu segar, makan produk soya, ginseng serta rumpai laut untuk membantu menghentikan proses kerapuhan tulang rangka dan menghasilkan kepadatan tulang yang lebih tinggi dan kuat

Menurut Libo Li seorang pakar botani dan perubatan herba daripada Cina...

Walaupun kalsium didapati dalam banyak makanan harian, anda telah di brainwash untuk mempercayai kalsium hanya ada dalam susu. Malah, brokoli mempunyai kira-kira jumlah yang sama kalsium seperti susu. Bukan itu sahaja, malah sayur-sayuran laut, seperti rumpai laut dan hiziki, mengandungi kalsium kira-kira 5 kali ganda lebih daripada susu. Selain itu, semua rumpai laut kaya dengan zat besi, fosforus, kalium, mangan, sodium, zink dan sudah tentu iodin kerana rumpai laut membiak di dalam air laut.
Umum tahu yang perubatan cina lagi hebat daripada perubatan moden dan telah berkembang beribu tahun lebih maju kerana penyelidikkan herba dan botani yang lebih meluas dan sistematik. Perubatan moden memerlukan geran berjuta ringgit untuk melakukan penyelidikkan tetapi perubatan cina dilakukan oleh tabib-tabib semenjak dahulu kala dan ilmu ini diwarisi dari generasi ke generasi.

Selesai sudah. Jika anda suka boleh kongsikan artikel ini dengan klik butang share di bawah. Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi.

Sumber:
  • Wikipedia
  • Utusan Malaysia
  • ezinearticles.com/?expert=Libo_Li

Rumpai Laut Bantu Salin Kulit



Bukan ke ular sahaja yang salin kulit? Tidak
Manusia juga salin kulit ke? Ya

Sebelum anda semua pening kepala mari saya jelaskan disini. Salin dalam ertikata definasi tajuk di atas adalah tukar atau ganti dan bukannya maksud lain. 

Kulit manusia terdiri daripada beberapa lapisan. Seperti dalam artikel-artikel sebelum ini, lapisan kulit teratas yang anda boleh lihat dan pegang dipanggil epidermis. Ia terdiri daripada sel-sel yang diperbuat daripada keratin, bahan sama yang membentuk rambut dan kuku kita semua.

Para saintis menganggarkan bahawa badan manusia terdiri daripada kira-kira 10 trilion sel kesemuanya. Kulit manusia pula adalah lebih kurang 16% daripada berat badan kita. Ini bermakna manusia mempunyai kira-kira 1.6 trilion sel kulit. Anggaran ini berbeza mengikut fisiologi badan seseorang.

Apa yang penting adalah anda mempunyai banyak sel kulit. Daripada berbilion-bilion sel-sel kulit tersebut, lebih kurang 30,000 sehingga 40,000 daripada sel kulit akan jatuh setiap jam. Dalam tempoh 24 jam, kita akan kehilangan hampir satu juta sel kulit. Banyak tu.

Jelas tak? Masih tidak nampak? Kita bersalin kulit bukan macam ular yang buang lapisan kulitnya dengan sekaligus pada satu malam. Kita salin kulit dengan menggugurkan sel-sel kulit yang halus setiap saat, minit, jam dan hari pasal tu kita tidak nampak lapisan kulit bersalin. Berapa lama pula diperlukan untuk badan manusia menyalin seluruh kulit badan? Mengikut kajian saintifik juga, ia mengambil masa kira-kira 25-45 hari, lebih kurang sebulan.

Pemakanan rumpai laut mentah kering Semporna, Sabah spesis eucheuma cottonii dapat membantu atau menyokong proses penggantian kulit ini. Laporan saintifik ada di sertakan bersama-sama dalam artikel sebelum ini, boleh baca jika anda terlepas. Pada minggu pertama sahaja anda sudah nampak akan kesan khasiatnya. Ada ketikanya anda akan nampak kulit lapisan muka, tangan dan kaki seperti bersalin. Ia adalah hasil khasiat rumpai laut yang bekerja keras untuk anda. Kulit yang kasar akan digantikan oleh badan anda dengan kulit yang halus.

Kenapa sebelum ini badan anda tidak boleh menyembuhkan dan menghilangkan parut jerawat atau kudis? Kerana badan anda tidak cukup zat yang diperlukan oleh kulit. Untuk pengetahuan anda, badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak omega-3 dan omega-6 dengan sendiri. Anda perlu mengambil zat-zat ini dengan memakan suplemen makanan. Begitu sahaja caranya.

Selesai sudah. Sila kongsikan artikel ini dengan klik butang sosial di bawah. Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi.

Sumber:
  • Wikipedia
  • Wiki Answers 

Kebaikan Khasiat Rumpai Laut Sabah



Betul ke rumpai laut ada khasiat? Betul ke kerajaan Malaysia ada peruntukan berjuta ringgit buat kajian atas rumpai laut Semporna, Sabah? Pelik juga tetapi masih ada yang tidak percaya. Mungkin kerana mereka bukan jenis pembaca suratkhabar dan tidak tengok tv. Kan sudah keluar berkali-kali dalam suratkhabar terpampang pasal berita ni. Dalam rancangan Nona di tv3 tahun lepas pun dah tersiar segmen rumpai laut menyebabkan orang berpusu-pusu pergi ke Sabah memborong rumpai laut.

Untuk menghilangkan segala perasaan was-was dan kurang percaya saya sertakan disini muka depan dokumen-dokumen kajian saintifik universiti-universiti tempatan. Gambar muka depan laporan di atas adalah kajian saintifik Universiti Malaysia Sabah atas rumpai laut yang ada di Semporna,Sabah.

Sekarang saya mohon melencong sedikit dahulu. Untuk pengetahuan pembaca:

Eucheuma cottonii adalah rumpai laut atau alga merah
Caulerpa lentillifera adalah rumpai laut atau alga hijau
Sargassum polycystum adalah rumpai laut atau alga cokelat/perang

Gred-gred rumpai laut yang di jual oleh penternak dan pembekal daripada Semporna, Sabah adalah dari spesis eucheuma cottonii yang dikeringkan. Produk rumpai laut ini adalah merupakan produk jenis mentah kering sama seperti ikan bilis, udang kering, ikan masin dan lain-lain produk makanan laut kering yang belum di proses. Huraiannya adalah seperti ini:

  • Gred A - rumpai laut warna putih yang terkena serangan perosak bakteria ice-ice.
  • Gred AA - rumpai laut warna kuning emas, dikeringkan dengan jemuran dan stim.
  • Gred AAA - rumpai laut warna unggu, dikeringkan dengan jemuran dan angin panas.
  • Gred AAAA - rumpai laut warna hijau, dikeringkan dengan jemuran sahaja.
Sebab itu harga rumpai laut berbeza-beza. Kenapa gred AAAA harganya mahal? Bukan bermaksud khasiatnya lebih. Ini kerana tidak banyak penternak dapat mengkultur variasi spesis eucheuma cottonii ini. Mengikut hukum ekonomi demand dan supply, harga dia pun mahal sedikit berbanding gred lain kerana bekalan kurang. Antara kelebihan khasiatnya adalah sumber klorofil seperti spirulina tetapi ia kekurangan beta-Caroten seperti gred AAA.

Jadi rumpai laut Caulerpa lentillifera bukan rumpai laut gred AAAA ke? Setahu saya Caulerpa lentillifera adalah rumpai laut yang lebih dikenali sebagai sabah veggie di kesemua restoran makanan laut di Sabah. Kalau makan ikan bakar pasti anda akan di jamu dengan ulam yang terkenal di Sabah ini.

Nak try Sabah veggie? Minta maaf ye, tidak ada versi mentah kering, lagipun ia ulam jadi kena makan masa ia segar. Kalau dah terliur nak cuba, kenalah pergi melancong ke Sabah. Tiket kapalterbang Air Asia kan dah murah, jom apalagi ambil cuti dan pergilah melawat Kota Kinabalu dan kalau ada masa silalah pergi ke bandar Semporna. Sabah kaya dengan sayuran eksotik yang organik serta makanan laut yang sedap dan murah.




Ok kita sambung balik. Gambar di bawah ini pula adalah muka depan laporan tesis kajian Universiti Putra Malaysia atas ekstrak eucheuma cottonii seperti pautan yang diberikan dalam soalan lazim.




Kajian-kajian ini dan banyak lagi jika anda sudi membuat carian bukan sahaja membuktikan yang rumpai laut mempunyai khasiat tertentu tetapi dapat menangkis tohmahan dan tuduhan liar yang menyamakan rumpai laut Semporna, Sabah dengan rumput, lalang dan sampah. Sedih saya bila dengar mereka kata patut buang aje rumpai laut ni masuk tong sampah. Sampainya hati... Allah akan laknat kamu semua kerana membuang rezeki kurniaannya.

Di sertakan dibawah sini juga muka depan makalah Synthesis terbitan Universiti Putra Malaysia, Isu 32 & 33, Jun 2011 (ISSN. 0127-9394). Apa tajuknya? Kalau anda semua izinkan saya menterjemah tajuk makalah tersebut, Healing Power of Malaysian Seaweeds bermaksud Kuasa Penyembuhan Rumpai Laut Malaysia.




Kalau diperhatikan betul-betul dan baca laporan-laporan saintifik ini, kita akan dapati kandungan rumpai laut banyak khasiatnya. Ia ada protein, mineral, vitamin dan asid lemak. Kenapa asid lemak ini penting? Asid lemak omega-3 dan omega-6 adalah lemak polyunsaturated yang biasa ditemui dalam minyak hidupan laut dan tumbuhan. Omega-3 adalah penting untuk perkembangan otak dan boleh membantu mencegah penyakit jantung. Salah satu asid lemak omega-3 adalah DHA. Ia amat penting untuk pembangunan sistem saraf dan penglihatan pada bayi. Selain itu, omega-3 mempunyai manfaat anti-radang dan membantu mencegah penyakit jantung, manakala omega-6 pula dapat mengurangkan kolesterol darah dan menyokong proses salin kulit.

Selesai sudah. Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi. Jangan lupa klik butang sosial di bawah untuk kongsikan artikel ini.

Sumber:
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Putra Malaysia 

Masker Rumpai Laut Sabah

masker muka rumpai laut eucheuma cottonii semporna sabah 

Mencari masker muka rumpai laut eucheuma cottonii daripada Semporna, Sabah?

Tidak perlu pergi ke mana-mana lagi untuk mencari masker rumpai laut. Anda telah jumpa tempatnya, nak buat sendiri pun boleh atau nak beli yang siap pakai pun ada di sini.

Sebenarnya jika anda makan pati rumpai laut ataupun jeli kolagen sahaja tidak cukup untuk penjagaan kecantikan sempurna. Macam mana nak terangkan ya, ok kita ambil analogi kereta.

Jika anda ada kereta Myvi, setiap 5,000km anda akan hantar kereta kesayangan pergi ke bengkel Perodua untuk servis. Oklah kalau bukan anda, suami yang tolong hantar kan? Ahaks... :) Tetapi kalau kereta comel anda itu berbulan-bulan tidak pernah dicuci, rupa luaran dia masih kotor, berdaki dan buruk meskipun enjin anda tip-top. Cuba bayangkan lapisan demi lapisan kotoran yang menjadikan permukaan kereta ada hitam dan kusam. Geli tengok atas jalan kereta yang kotor begitu. Tetapi selepas hantar pergi cuci, polish dan wax, cantik macam baru bukan?

Jadi analogi ini sama dengan pemakanan rumpai laut dan penggunaan masker muka. Jika kita makan rumpai laut sahaja tidak cukup, ia mesti diikuti dengan penjagaan luaran seperti memakai masker rumpai laut, pemakaian krim pelembap dan sebagainya. Tidak pernah dengar pasal masker muka atau tidak pernah cuba? Ok mari kita mulakan.

Anda sebenarnya ada dua pilihan:
  1. Beli masker muka rumpai laut siap pakai
  2. Buat masker muka rumpai laut sendiri
Kalau hendak beli masker muka siap pakai SeaweedCollagen.com boleh terus pergi ke pautan masker muka sekarang. Tetapi jika anda...
  • dah biasa pakai masker putih telur
  • rajin
  • biasa di dapur
  • ada peti sejuk
  • ada banyak masa terluang
  • sahaja nak cuba-cuba 
di persilakan baca tutorial cara membuat masker kami serta resepi masker muka rumpai laut.

Seperti juga pemakanan rumpai laut eucheuma cottonii sebagai suplemen pemakanan kolagen, pemakaian masker muka rumpai laut ini memerlukan dedikasi dan disiplin diri. Jika anda pakai setiap hari pada waktu malam sebagai rutin sebelum tidur, memang cepat nampak perubahan pada wajah. Jikalau malas dan simpan stok masker dalam peti sejuk sahaja memang kita tidak akan nampak apa-apa hasilnya.

Selesai sudah artikel kali ini. Jika anda suka, boleh tolong kongsikan dengan tekan salah satu butang sosial dibawah. Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi.

Terima Bayaran Semua Bank Malaysia

 

Terkejut juga saya ada ramai lagi diluar sana ingat kerana syarikat kami menggunakan akaun CIMB Islamic jadi SeaweedCollagen.com tidak boleh menerima pindahan wang daripada akaun bank-bank lain.

Untuk pengetahuan anda semua, akaun syarikat kami memang menggunakan akaun CIMB tetapi anda boleh membuat pindahan wang secara GIRO di mesin ATM ataupun IBG transfer  menggunakan perbankan internet. Apa itu IBG? Sila baca artikel saya semalam mengenai penurunan fi atau caj IBG daripada RM2 kepada 10 sen sahaja.

Setahu saya Bank Simpanan Nasional yang ada dimana-mana pun menerima sistem GIRO. Malah bank luar seperti Al-Rajhi bank pun ada GIRO yang menghubungkan semua bank tempatan di Malaysia. Jika anda boleh cucuk kad ATM bank anda di mesin ATM lain maknanya anda boleh buat pindahan wang tunai ke akaun CIMB syarikat kami. Anda cuma perlu cari menu pindahan wang ke bank-bank lain ataupun menu pindahan wang antara bank.

Selain itu, saya masih lagi tengah mengusahakan bagaimana nak masukkan Paypal dalam blogshop SeaweedCollagen.com ni. Saya bukannya teknikal jadi semua benda yang rumit ini ambil masa sedikit. Di harap mereka yang hendak membuat bayaran dengan kad kredit bersabar ya. Saya memang ada menerima banyak permintaan daripada anda mengenai bayaran guna kad kredit. Ada programmer mana-mana yang baik hati nak tolong?

SeaweedCollagen 1st SERP

 

Artikel kali ini adalah mengenai SEO (Search Engine Optimization) laman web ataupun blogshop SeaweedCollagen.com yang memang mengembirakan saya dan suami. Saya bukannya pakar SEO tetapi berkat kecekalan hati dan sokongan anda semua laman web kami ini masuk ke muka surat pertama SERP (Seacrh Engine Result Page) dan merupakan entri pertama dalam muka surat satu untuk keyword carian "seaweed collagen" dan juga "seaweed collagen sabah"!

Mula-mula saya sangsi tetapi setelah saya clean semua cookie browser Firefox, Chrome, Internet Explorer dan Safari dan cuba carian semula, memang betul dan sah. Sungguh syukur dan boleh rasa banggalah sedikit dengan pencapaian ini. Mana pernah mimpi akan dapat masuk tempat pertama ini. Menang hadiah apa? Tidak ada dapat apa pun, cuma tidak perlulah bayar Google lagi untuk kos iklan. Itu aje.

Jika anda mengikuti perkembangan laman ini, anda mungkin pernah baca keluhan saya mengenai google dance hantar saya ke SERP kebelakang setelah dapat masuk SERP mukasurat 2 pada awal Mac bulan lepas. Cukup sedih saya masa tu, menangis lagi tau. Tetapi kerana kita semua pun tahu perangai Google yang tidak menentu ni, sampai bila SeaweedCollagen.com akan kekal di tangga entri pertama SERP ni, kita tidak tahu. Silap-silap petang karang atau malam karang dah jatuh balik.

Oleh itu, sebelum terlambat saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca, facebook followers, google+ circles, rakan niaga dan tidak lupa pelanggan kami yang sentiasa bersama kami. Syukur alhamdullilah.

Bank Negara Turun Caj IBG Internet

IBG cimb clicks seaweedcollagen 

Berita baik kepada semua online shopper.  Minggu lepas dalam berita utama tv3 saya terdengar mengenai satu pengumuman penting oleh gabenor bank negara Malaysia dan sehingga ke hari ini saya masih menunggu kesemua bank-bank di Malaysia membuat pengumuman rasmi. Apa pengumuman tersebut?

Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata bank negara Malaysia dalam usaha untuk menggalakkan urusan perbankan internet telah mewajibkan kesemua bank tempatan di Malaysia mengenakan caj maksimum 30 sen untuk transaksi IBG perbankan internet. 

Apa itu IBG? 

IBG adalah Inter Bank Giro ataupun pindahan wang antara bank. Kira antara CIMB ke Maybank, Maybank ke RHB, RHB ke Alliance dan bank-bank lain. IBG boleh dilakukan menggunakan mesin ATM dan perbankan internet. Tetapi dalam kes kita ini, IBG internet sahaja yang terlibat.

Tiba-tiba pagi tadi saya terima satu email daripada CIMB Clicks. Dalam email tersebut telah keluar notis rasmi daripada bank CIMB, mengesahkan bank CIMB mengikuti arahan bank negara Malaysia ini. Pengurangan caj IBG ini akan di buat secara rasmi bermula 2 Mei 2013.

Sebenarnya caj IBG adalah seperti ini. Jika anda membuat IBG transfer bank anda akan dikenakan caj 50 sen dan bank penerima juga mengenakan caj 50 sen jadi jumlah caj yang anda kena tanggung adalah RM1. Tetapi atas arahan bank negara Malaysia, sekarang jumlah kos tidak boleh melebihi 30 sen. Kerana itu CIMB mengenakan caj 10 sen sahaja. Saya rasa bank lain juga akan ikuti caj 10 sen ini. Jadi jumlah caj yang kita mungkin kena bayar adalah 20 sen sahaja.

Apa impak perubahan ini kepada anda? Sekarang kesemua pelanggan Seaweedcollagen.com cuma akan dikenakan caj 30 sen maksimum jika membuat belian daripada bank lain selain CIMB dengan menggunakan perbankan internet. Harap maklum jika anda mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM, caj Giro masih sama.

Tambahan kemaskini terbaru 24/4/2013 5:30pm

caj IBG BSN seaweedcollagen
caj IBG Affin Bank seaweedcollagen
IBG caj bank islam seaweedcollagen

Carian internet mengenai caj IBG terkini memberi saya satu notis daripada Bank Islam, Affin Bank dan Bank Simpanan Nasional dengan caj IBG 10 sen juga. Maybank dan bank lain masih tiada notis buat masa ini.

Menurut kenyataan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz daripada petikan Harian Metro bertarikh 21/3/2013

Fi urus niaga Sistem GIRO antara bank atau IBG dilakukan secara dalam talian dan perbankan mudahalih adalah sebanyak 10 sen berbanding RM2 ketika ini. Ini bertujuan memberi insentif kepada pengguna untuk beralih daripada kaedah pembayaran berkos lebih tinggi kepada pembayaran alternatif yang lebih murah.
Oleh itu ulasan saya sebelum ini mengenai caj maksimum 30 sen adalah diperbetulkan. Ia adalah berdasarkan memori saya yang ternyata salah.

Dalam Berita Harian bertarikh 21/3/2013, Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata...

Selain cek dan IBG, pelarasan harga terhadap kaedah dan saluran pembayaran lain termasuk mesin juruwang automatik (ATM) akan dilaksanakan secara berperingkat untuk menggalakkan pengguna menggunakan kaedah e-pembayaran yang lebih berkesan dari segi kos.

Selesai sudah artikel hari ini. Jika anda suka, sila kongsikan dengan klik butang share dibawah. Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi.

Sumber:
  • CIMB Clicks
  • Bank Islam
  • Affin Bank
  • Bank Simpanan Nasional
  • Berita Harian
  • Harian Metro

Cantik Tanpa Suntikan Kolagen - Utusan

cantik tanpa suntikan kolagen seaweedcollagen

Hari ini saya akan menghuraikan mengenai artikel Utusan Online pada Ahad lepas bertarikh 21/4/2013 dengan tajuk "Cantik Tanpa Suntikan". Penulis sebenarnya menemuramah Dr. Zaman Khan seorang pakar terapi kecantikan mengenai kolagen dan produk kolagen tanpa suntikan serum kolagen. Sayangnya beliau bukan bercakap mengenai pure marine collagen sumber rumpai laut eucheuma cottonii tetapi kita akan nampak persamaan antara produk kolagen tersebut dengan produk kolagen rumpai laut.

Gambar ibu mengandung di atas bersama petikan kenyataan bahawa produk kolagen luaran secara sapuan seperti krim penjagaan muka waktu siang dan krim rawatan muka waktu malam adalah sah selamat digunakan.

Dr. Zaman memberitahu kita bahawa:
  • Manusia memerlukan 250 hingga 300 miligram kolagen
  • Kolagen biasanya diperlukan oleh sendi dan tulang
  • Pengambilan kolagen secara konsisten selama 12 minggu (3 bulan) dapat memperbaiki keadaan dan struktur kulit, sendi dan tulang.
  • Faktor ini bergantung pada umur dan keadaan kulit anda di sekitar muka dan mata.
  • Pastikan anda makan kolagen setiap hari dalam dos mengikut keperluan umur.
  • Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas, pemakanan tambahan perlu untuk menjaga kesihatan badan dan membekalkan kolagen yang mengcukupi.
Jikalau anda baca dalam artikel saya sebelum ini, saya ada menyebut bahawa pemakanan rumpai laut juga memerlukan masa 3 bulan untuk kita lihat hasilnya. Jadi bagi anda yang cuma makan seminggu dan sebulan sudah nak berhenti, janganlah berputus asa, teruskan dan anda akan nampak hasilnya.

Selain itu saya sentiasa menyebut bahawa wanita berumur 30 tahun ke atas perlu makan rumpai laut warna ungu, iaitu gred AAA kerana khasiat tambahan dan bagi mereka yang lebih muda memadai makan rumpai laut gred AA warna kuning emas sahaja.

Dr. Zaman juga ada menyatakan bahawa ibu hamil janganlah mengambil produk kolagen dalam bentuk makanan semasa tempoh trimester pertama kehamilan, sama seperti kenyataan saya dalam bahagian soalan lazim seaweedcollagen.

 Sekali lagi seorang pakar dalam bidangnya, Dr. Zaman menyebut mengenai kolagen...

Kolagen dihasilkan daripada ekstrak protein ...
Beliau terus menceritakan mengenai produk kolagen beliau yang sumbernya datang daripada tumbuhan dan bukannya haiwan yang kebanyakkannya tidak halal.

Selesai sudah artikel saya kali ini mengenai kolagen tanpa suntikan serum. Jika anda suka dengan artikel ini, sila klik butang share untuk kongsikan dengan rakan. Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi.

Sumber:
  • Utusan

Cara Guna Krim Pure Marine Collagen

krim muka pmc malam seaweedcollagen

Bagaimanakah caranya untuk guna krim muka dengan betul?

Petua aplikasi krim muka paling bagus?
krim muka pmc malam seaweedcollagen

Penggunaan krim muka pure marine collagen sumber rumpai laut eucheuma cottonii samada krim pmc siang ataupun krim pmc malam adalah serupa. Kita tidak memerlukan sapuan kuantiti krim yang banyak macam kita guna masker muka. Membazir sahaja namanya tu. Yang penting adalah kualiti krim pmc itu sendiri dan cara sapuan yang betul.




 Cara sapuan krim muka pure marine collagen ke kulit muka anda:

  • Cuci muka terdahulu, pastikan muka tidak kotor dan berminyak. Paling sesuai gunakan sabun pmc yang khusus untuk kulit muka anda.
  • Letakkan sedikit krim muka pmc pada jari telunjuk anda dan titikkan ke lima bahagian muka anda. Dahi, hidung, dagu dan kedua belah pipi, kiri dan kanan. Anda mungkin kekok dengan jumlah kuantiti krim pada mulanya untuk mendapatkan sapuan menyeluruh, tetapi dengan beberapa kali penggunaan, anda pasti dapat jumlah yang paling optimum.
  • Sapukan titikan krim dengan rata di tengah-tengah dahi tadi dan urut ke arah luar.
  • Sama seperti tadi sapu dan urutkan dengan perlahan krim pmc di bahagian hidung daripada bahagian atas ke bawah dan kemudiannya ke tepi dengan rata.
  • Krim di bahagian pipi juga di sapu dan di urut dengan gerakkan membulat dan pastikan rata di bahagian bawah mata untuk menghilangkan kesan mata lebam ataupun mata panda.
  • Akhir sekali sapukan krim dengan rata di bahagian dagu dan urutkan dengan menyeluruh sehingga kebahagian leher dengan urutan ke bawah.
Perhatian:
  • Sapuan hendaklah dilakukan dengan cermat dan gaya mengurut agar khasiat krim dapat meresap masuk ke dalam lapisan kulit epidermis sehingga ke dermis.
  • Tidak perlu buat sampai 2-3 lapisan kerana khasiat yang diresap mencukupi satu lapisan. Sekali lagi diulang bukan kuantiti yang kita cari tetapi kualiti krim dan berapa kerap kita menggunakan krim tersebut.
  • Kalau boleh janganlah sekejap guna dan sekejap tak guna. Gunakan terus menerus setiap hari, barulah boleh nampak hasilnya.
  • Bila dah guna setiap hari dan jadi rutin harian, kita tidak akan rasa penggunaan krim ini suatu beban.
Moga-moga anda mendapat hasil yang dikehendaki dengan cepat dan berkesan. Selesai sudah tutorial cara penggunaan krim muka pure marine collagen. Jika anda suka, sila kongsikan artikel ini dengan klik butang share di bawah. Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi.

Koleksi Produk Pure Marine Collagen

Terima kasih kepada semua rakan niaga, pemborong dan tidak lupa pelanggan-pelanggan setia SeaweedCollagen.com kerana menyokong kami selama ini. Kali ini saya cuma akan menyenaraikan kesemua produk pure marine collagen sumber rumpai laut eucheuma cottonii yang kami ada dalam koleksi buat masa ini. InsyaAllah produk-produk baru akan ditambah dari masa ke semasa. Sila mesej atau email kami dengan cadangan anda.

rumpai laut gred AAA seaweedcollagen
Rumpai laut mentah kering eucheuma cottonii variasi tambalang daripada Semporna, Sabah. Warna unggu rumpai laut menandakan ia adalah rumpai laut gred AAA ataupun 3A. Kelebihan rumpai laut jenis ini adalah warna unggu khasiat beta-Carotene yang mengandungi antioksidan yang diperlukan untuk menggalakkan kolagen badan dan kulit terhasil dengan sempurna. Pelanggan rumpai laut jenis ini biasanya wanita berumur 30 tahun ke atas. Rumpai laut perlu dimasak dengan betul untuk mendapatkan pati rumpai laut dalam bentuk jeli yang kita namakan jeli kolagen.



rumpai laut gred AA seaweedcollagen
Rumpai laut mentah kering eucheuma cottonii variasi tambalang daripada Semporna, Sabah. Warna kuning emas rumpai laut menandakan ia adalah rumpai laut gred AA ataupun 2A. Khasiat rumpai laut jenis ini sama dengan rumpai laut lain cuma tiada khasiat beta-Carotene. Tetapi kandungan lainnya sama untuk penghasilan kolagen badan dan kulit juga. Pelanggan rumpai laut jenis ini biasanya untuk wanita berumur 30 tahun ke bawah. Kandungan kolagen badan wanita bawah 30 tahun masih ok jadi gred AA sudah mencukupi.

masker muka seaweedcollagen
Masker muka pure marine collagen sumber rumpai laut eucheuma cottonii ini khas untuk wanita yang tidak mahu masak rumpai laut mentah kering. Ada juga antara pelanggan yang masak rumpai laut dengan gula, jadi mereka memerlukan masker muka khas. Stok masker telah dicampur ramuan khas untuk semua jenis kulit muka. Bekas masker muka yang kecil juga membuatkannya senang untuk dibawa ke mana-mana dan tahan lama dengan pengawet natural.


krim muka siang seaweedcollagen
Krim muka pure marine collagen perlindungan kulit waktu siang ini berfungsi seperti sunscreen ataupun sunblock serta kaya dengan khasiat rumpai laut eucheuma cottonii. Musuh utama wanita adalah cahaya matahari yang mengandungi sinar UV-A dan UV-B yang mempercepatkan proses penuaan kulit. Kulit bukan sahaja menjadi hitam tapi akan cepat kendur dan kedut akibat dibiarkan bawah pancaran matahari saban hari.



krim muka malam seaweed collagen
Krim muka pure marine collagen penjagaan dan rawatan kulit waktu malam ini berfungsi sebagai pelembap dan memberi rawatan kulit sepanjang 7-8 jam anda tidur. Waktu ini adalah waktu kulit menjana semula elastin dan kolagen lapisan dermis. Segala khasiat krim akan meresap memberikan bantuan secara langsung kepada kulit. Sifat krim ini yang melekat kepada kulit menyebabkan ramai pelanggan memilih untuk tidur dengan krim dan bukan masker muka yang dalam bentuk jeli dan berlendir.


sabun pmc awet muda seaweedcollagen
Sabun pure marine collagen awet muda ini padat dengan konsentrasi ekstrak rumpai laut gred AAA. Tujuannya hanya satu, untuk menegangkan mana yang renggang dan kendur serta menghilangkan kesan kedutan dan garis halus. Kesannya boleh terus nampak dan perlu digunakan setiap hari supaya bekalan khasiat rumpai laut tidak putus untuk lapisan dermis kulit muka kita yang manja.





sabun pmc jewrawat seaweedcollagen
Sabun pure marine collagen rawat jerawat ini padat dengan konsentrasi ekstrak rumpai laut gred AA. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk merawat kulit remaja yang dibelenggu dengan masalah jerawat. Jadi sabun pmc ini bukan sahaja khas untuk remaja wanita tetapi ada juga pelanggan kami remaja lelaki yang menyukainya.





sabun pmc gamat seaweedcollagen
Sabun pure marine collagen gamat ini bukan sahaja ada ekstrak gamat. Ia adalah gabungan ekstrak rumpai laut gred AA, ekstrak gamat dan ekstrak aloe vera. Ia sangat sesuai untuk remaja yang mempunyai masalah kronik jerawat. Kalau orang melayu panggil jerawat batu, dimana parut jerawat sudah penuh satu muka. Jika dibiarkan kulit muka anda akan penuh parut sampai ke tua macam permukaan bulan. Kami telah menggabungkan kesemua elemen natural untuk merawat parut iaitu rumpai laut, gamat dan aloe vera supaya proses baikpulih kulit muka anda akan lebih cepat. Teruskan guna sabun pmc dengan tekun dan anda akan dapat hasilnya.


sabun pmc anti-selulit seaweedcollagen
Sabun pure marine collagen anti lemak selulit ini sama seperti krim membuang lemak selulit dipasaran yang harganya mencecah ratusan ringgit. Jika anda tahu sifat lemak selulit, anda tahu yang masalah selulit perlu dihapuskan secepat mungkin sebelum ia menjadi lemak tepu. Gunakan sabun pmc ini selalu dibahagian bermasalah dan anda akan dapati tiada lagi lemak selulit yang menyakitkan hati.




sabun pmc delima seaweedcollagen
Sabun pure marine collagen delima ini adalah hasil produk terbaru kami. Atas permintaan ramai pelanggan, kami mengeluarkan sabun pmc dengan ekstrak rumpai laut gred AAA dan ekstrak buah delima. Kedua jenis elemen ini adalah sumber terbaik sebagai "ubat" awet muda.








Oh ya, sebelum saya lupa, jika anda ingin mencuba produk kami dengan harga promosi menjimatkan boleh cuba beli set promosi A dan set promosi B.

Selesai sudah. Jika anda suka dengan koleksi produk ini, sila kongsikan dengan klik butang share dibawah. Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi.

Petua Suami Sayang Isteri Keluarga Bahagia

petua suami sayang, keluarga bahagia

Hari ni saya nak tulis mengenai perkara lain daripada yang lain tapi masih berkaitan. Ini khas untuk mereka yang dah berkahwin, baru berkahwin... "Selamat pengantin baru!" dan yang akan berkahwin. Petua supaya suami kekal sayang kepada isteri dan menjadi keluarga bahagia. Kenapa kaun hawa semua sibuk mencari petua awet muda dengan makan rumpai laut dan pakai set produk kecantikan lain. Supaya suami kekal sayang kepada kitalah, apa lagi kan.

Jikalau anda taknak suami:

  • cari girlfriend muda
  • cari teman tapi mesra
  • simpan perempuan
  • kahwin lain
  • kahwin lagi
  • madukan anda
  • makan luar
  • main kayu tiga
  • test power
  • buka cawangan lain
  • nak cukupkan "korum" 4
  • ikuti sunnah nabi
Bolehlah baca dan ikuti petua-petua saya ni...

Petua-petuanya adalah seperti berikut:

Bersolek untuk suami. Orang dulu-dulu kata berhias sekarang makeup. Bersolek dan memakai wangi-wangian hanya untuk suami. Janganlah bila dekat rumah, penampilan macam hantu langsuir tetapi berhias sakan bila nak keluar rumah. Utamakan suami, itu yang wajib. Haram sebenarnya memakai solekan dan wangian yang melampau diluar rumah untuk tatapan bukan mahram. Bagi saya cukuplah sekadar memakai krim muka, bedak dan lip balm serta deodorant bila nak keluar rumah.

Menjaga hati suami. Kenalah pandai bergurau senda dengan suami. Hiburkan hati dia. Kalau suara merdu, nyanyikan lagu untuknya. Tidak perlulah sampai nak beli set karaoke. Dah ada anak pun takpe, jangan malu-malu.

suasana romantis untuk suami
Manjakan suami anda. Sediakan air minuman kegemarannya, masakkan makanan kegemarannya, potongkan kukunya pada hari Jumaat dan urutkan badan atau kakinya bila dia kepenatan. Waktu malam boleh pakaikan suami masker muka sambil urutkan kepala dan bahu. Buatkan suasana romantis khas untuk suami, seminggu sekali sudah memadai jika sibuk. Masa yang paling sesuai ialah malam Jumaat, ehem, ehem :)

teknik urutan cakar harimau

Minta izin bila hendak keluar rumah pergi ke mana-mana dan pandai menjaga maruah diri bila keluar rumah. Bila hendak keluar atau pergi kerja cium tangannya. Minta di cium pipi dan dahi. Bukan cium masa posing gambar pengantin sahaja tau. Dah 10-20 tahun kahwin pun masih boleh, wajib lagi apa.

Bersederhana dan tidak meminta sesuatu diluar kemampuan suami. Jangan bandingkan suami anda dengan suami kawan ataupun jiran.

Bantu suami dalam hal kewangan jika perlu. Bukan semua orang kahwin anak raja, vip atau orang kaya. Minta izin untuk kerja, buat bisnes part-time atau sertai program affiliate.

Imam Ath-Thabrani meriwayatkan hadis Abdullah bin Salam, Nabi s.a.w. bersabda, 

"Sebaik-baik isteri adalah yang menyenangkanmu jika kau memandangnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya, dan menjaga dirinya dan hartamu ketika kau jauh darinya."
Mungkin ramai sudah tahu tetapi mari kita ulangkaji mengenai hukum bersolek. Pesanan Allah...

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” 

(surah al-Nur, ayat 31)

Itu antara petua-petua supaya suami sayang dan hukum bersolek. Selesai sudah. Seperti biasa jika anda suka dengan artikel kali ini sila kongsikan dengan klik butang share, hukum sunat kongsikan ilmu yang baik-baik. Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi.

Sumber:
  • Al-Quran dan Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme