Harga Rumpai Laut Kering Semporna Sabah
Salam semua, terima kasih kerana datang berkunjung ke laman blog saya. Untuk kali ini saya akan menceritakan mengenai harga rumpai laut atau lebih manja di panggil pure marine collagen atau pmc oleh kebanyakkan orang Malaysia.
Sebelum itu anda perlu tahu yang rumpai laut daripada semporna, sabah ini adalah daripada spesis eucheumma cottonii. Mengapa harga jualan rumpai laut berbeza-beza? Ada banyak sebabnya. Sama seperti apa sahaja komoditi, barang dan perkhidmatan. Harga rumpai laut akan berbeza mengikut:
- permintaan di pasaran
- bekalan di pasaran
- kos jualan
- perang harga
- kualiti rumpai laut
Permintaan di Pasaran
Kita semua tahu yang rumpai laut sekarang di Malaysia menjadi satu hot item untuk mereka yang mencari produk kesihatan dan kecantikan. Rumpai laut bukan sahaja di makan oleh kaum wanita tetapi orang lelaki pun turut serta makan rumpai laut. Permintaan yang tinggi di pasaran menyebabkan ramai pembekal, pemborong dan penjual menurunkan harga kerana dengan jumlah jualan yang tinggi, mereka sudah berupaya membuat untung meskipun margin rendah.
Bekalan di Pasaran
Inisiatif kerajaan dengan menolong para penternak dan nelayan di Semporna, Sabah membantu meningkatkan pengeluaran rumpai laut. Geran penyelidikkan dengan bajet berjuta ringgit di berikan kepada universiti-universiti tempatan seperti UPM dan UMS bagi meningkatkan hasil pengeluaran rumpai laut.
Teknik-teknik ternakan rumpai laut sebelum ini di majukan dengan teknik-teknik baru yang mampu mempercepatkan proses pengkulturan dan pengeluaran rumpai laut. Ini menyebabkan pengeluaran bertambah dan berlakunya lambakan rumpai laut di pasaran.
Kos Jualan
Ramai pembekal, pemborong dan penjual juga perlu mengambil kira kos pengeluaran dan pemasaran produk. Ini termasuk kos pembungkusan dan pengilangan, kos pekerja, kos sewa gudang dan stor, kos logistik serta penghantaran ke seluruh Malaysia serta kos pengiklanan. Kos operasi ini menyebabkan perbezaan harga di antara pembekal, pemborong dan penjual.
Perang Harga
Oleh kerana rumpai laut ini menjadi satu fenomena perniagaan baru di Malayisa. Ramai ahli perniagaan yang sudah biasa dengan bisnes trading mula buka mata dan turut serta menjual rumpai laut. Ramai juga antara suri rumah dan pelajar kolej serta universiti yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan online turut serta menjual rumpai laut. Bukan sahaja itu, mereka yang membeli rumpai laut dengan kuantiti banyak sampai tak habis makan sorang pun turut serta menjual rumpai laut. Jadi apa yang berlaku apabila meningkatnya penjual di pasaran? Mengikut hukum kapitalis, perang harga pun terjadi. Yang untung adalah pembeli semua, baguslah kan.
Kualiti Rumpai Laut
Seperti dalam artikel khasiat rumpai laut sebelum ini, saya ada membuat penerangan ringkas mengenai gred-gred rumpai laut.
- Gred A - rumpai laut warna putih yang terkena serangan perosak bakteria ice-ice.
- Gred AA - rumpai laut warna kuning emas, dikeringkan dengan jemuran dan stim.
- Gred AAA - rumpai laut warna unggu, dikeringkan dengan jemuran dan angin panas.
- Gred AAAA - rumpai laut warna hijau, dikeringkan dengan jemuran sahaja.









Sabtu, Mei 11, 2013
, Posted in




